ZCOVA x Murai: 9 Jenis Pendant Untuk Kamu Perkasakan Diri Sendiri

ZCOVA x Murai: 9 Jenis Pendant Untuk Kamu Perkasakan Diri Sendiri

Date: 2nd March 2023

Thank you Murai for sharing about ZCOVA’s collection of self-empowering affirmation necklaces.

Read the full article here: https://murai.my/2023/171044/khas-untuk-wanita-zcova-tawarkan-9-jenis-pendant-untuk-kamu-perkasakan-diri-sendiri/ 

Dicipta oleh wanita kepada wanita, barang kemas ZCOVA memperkenalkan rantai leher yang digandingkan bersama rekaan pendant yang unik. Pendant ini direka khas berdasarkan perkataan yang memperkasakan; sebagai peringatan kepada wanita di luar sana bahawa kita adalah makhluk yang unik; yakin, disayangi dan mampu untuk mencapai apa sahaja yang kita mahukan.

Frasa yang mengandungi tenaga positif yang ditawarkan oleh ZCOVA mempunyai ‘kuasa magik’ untuk mengawal minda seseorang. Bayangkan apa yang kamu rasa bila ada yang puji atau ucapkan kata-kata positif; kamu semestinya rasa lebih bersemangat dan teruja secara tak langsung kan?

Menerusi pengenalan pendant yang unik ini, ukir pendant kamu berdasarkan frasa kesukaan kamu seperti “Self-Love”, “Heal”, “Believe” dan banyak lagi seperti:

 

pendant with lotus flower and roots engraving, pendant with waves and sunset engraving, and pendant with butterfly engraving

  • To Heal – Diukir dengan bunga teratai, ia mewakili simbol kesucian, kelahiran semula dan kekuatan menjadi peringatan untuk kamu terus melangkah dan hadapi cabaran hidup di samping mencari kekuatan untuk sembuh.
  • To Let Go – Berukiran ombak laut dengan latar belakang matahari, ia adalah peringatan yang kamu perlu lepaskan dan terima untuk menyembuhkan serta berdamai dengan diri sendiri.
  • To Believe – Bermotifkan rama-rama yang wakili tranformasi dan pertumbuhan, peringatan bahawa kamu boleh lakukan apa saja yang kamu fikirkan dan percaya.

 

pendant with humming bird engraving and sun, pendant with tiger head, and dandelion pendant hugging

  • To Have Hope – Bermotifkan burung kolibri yang merenung matahari, pendant ini mewakili simbol harapan dan cita-cita.
  • To Have Courage – Diukir dengan harimau yang garang dan berkuasa, menjadikan peringatan untuk sentiasa mempunyai keberanian untuk merebut peluang dan mengatasi halangan dalam mengejar impian kamu.
  • To Have Self-Love – Diukir dengan bunga dandelion, kecantikan dan kehidupan bertahan dengan lama walaupun ditiup dengan angin kencang. Ia menjadi peringatan bahawa nikmati setiap saat kerana kehidupan adalah singkat, dan belajar untuk cintai diri sendiri.

heart pendant with sun rays engraving, father and daughter engraving, hand holding a sun engraving pendants

 

  • To Have Positivity – Bermotifkan matahari, pendant ini berfungsi sebagai peringatan bahawa kamu akan lebih bahagia apabila  mempunyai hati yang  besar dan menerima sesuatu seadanya.
  • To Have Gratitude – Menampilkan ukiran bapa dan anak, ia adalah peringatan untuk kamu ingat semula asal usul dan bersyukur dengan apa yang kamu ada.
  • To Grab Onto Opportunities– Ukiran tangan menggenggam matahari menunjukkan kamu tidak boleh lepaskan peluang yang dibentangkan di hadapan kamu.

gold pendant with hand grabbing sun engraving

Pendant ini disediakan sama ada secara tunggal atau bersama dengan rantai dengan harga:

  • Loket Emas 14K (tidak termasuk rantai) – RM1499
  • Loket Emas 14K (dengan 18K emas, 16 inci rantai) – RM1899
  • Loket Emas 18K (tidak termasuk rantai) – RM1999
  • Loket Emas 14K (dengan 18K emas, 16 inci rantai) – RM2399

Dapatkan pendant berdasarkan frasa kegemaran kamu di salah satu bilik pameran ZCOVA; sama ada di Petaling Jaya, Johor atau Pulau Pinang dengan penghantaran insurans global percuma untuk semua pesanan. Lawati web ZCOVA, Instagram atau Facebook untuk maklumat lanjut.