ZCOVA On Sinar Harian: Keunikan Koleksi ZCOVA | Zcova
Zcova-Sinar

ZCOVA On Sinar Harian: Keunikan Koleksi ZCOVA

Hasilkan koleksi barangan kemas eksklusif rekaan Khoon Hooi.

ZCOVA, jenama barangan kemas dalam talian pertama di Malaysia berkolaborasi dengan pereka fesyen ternama Malaysia, Khoon Hooi menghasilkan koleksi barangan kemas eksklusif.

Koleksi direka khas bagi meraikan keindahan budaya, cinta dan seni halus oriental itu telah memodenkan cara pembelian barangan kemas di Malaysia.

Gandingan ZCOVA dan Khoon Hooi antara perkembangan unik dua jenama barangan kemas untuk wanita tampil bergaya.

Pengarah Kreatif ZCOVA, Low Ziyin berkata, sebagai jenama Malaysia, pihaknya teruja berkongsi kepakaran dalam rekaan barangan kemas selain menyediakan platform untuk mengembangkan lagi komuniti seni dan rekaan tempatan.

Menurutnya, pihaknya tertarik dengan rekaan pereka fesyen Khoon Hooi yang terkenal dengan kehalusan serta ketelitian hasil kerjanya.

“Kolaborasi ini adalah lanjutan kepada kajian kami, di mana Khoon Hooi menepati tafsiran moden barangan kemas yang bertahan dan mempunyai inspirasi menggabungkan traditional ketimuran bersama jiwa kontemporari.

ZCOVA x KHOON HOOI1

“Saya tidak mahu lepaskan peluang hasilkan rekaan koleksi barangan kemas pertama dengan jenama revolusiner ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan ZCOVA, Low Ziwei berkata, elemen dihasilkan adalah penghormatan pihaknya kepada simbol oriental dari generasi ke generasi.

Sementara itu, Khoon Hooi berkata, sebagai seorang pereka fesyen, beliau mengalu-alukan kolaborasi itu sebagai sinergi antara dua jenama yang berpotensi menzahirkan kreativiti serta rekaan terbaik.

“Menerusi bimbingan mereka, ZCOVA mendorongnya mencipta rekaan bersesuaian dengan persekitaran,” katanya.

Koleksi ZCOVA x KHOON HOOI ini boleh didapati secara pra-pesanan eksklusif daripada ZCOVA dengan tempoh penghasilan maksimum dua bulan bagi setiap pembelian.

Setiap barangan boleh diubah suai dengan pilihan emas kuning, putih dan emas mawar termasuk variasi batu perhiasan.

Setiap barangan kemas bernilai RM6,000 hingga RM20,000.